Berikut adalah antara soalan-soalan yang biasa di tanya kepada Sales Advisor Perodua berkaitan Pembelian kereta Perodua baru.
Adakah selamat berurusan dengan Sales Advisor Perodua Abu di Klang?
Ya, semestinya selamat dan lebih mudah. Semua urusan pembelian kereta Perodua dilakukan secara profesional tanpa melibatkan transaksi kewangan peribadi kepada advisor. Anda boleh membuat tempahan kereta secara online tanpa perlu hadir ke showroom untuk submit dokumen.
Abu mempunyai pengalaman lebih 10 dalam membantu pelanggan mendapatkan kereta Perodua dengan proses yang lebih cepat dan lancar. Bermula daripada konsultasi model, semakan loan, trade-in sehingga penghantaran kereta — semuanya dibantu dengan servis mesra dan fast response.
Setelah pinjaman diluluskan, anda hanya perlu hadir ke bank berdekatan untuk tandatangan perjanjian. Penghantaran kereta juga boleh diuruskan mengikut lokasi pilihan anda untuk lebih memudahkan urusan.
Saya baru bekerja, boleh beli kereta Perodua baru?
Ya, boleh. Ramai pembeli kereta Perodua terdiri daripada mereka yang baru mula bekerja, fresh graduate malah pelajar yang mempunyai sokongan atau kelayakan tertentu.
Perodua terkenal dengan komitmen bulanan yang lebih rendah dan penjimatan minyak yang baik, menjadikannya pilihan popular untuk kereta pertama. Abu juga akan membantu anda menyemak kelayakan loan dan mencadangkan model yang sesuai mengikut bajet bulanan anda.
Berapa minimum gaji untuk membeli kereta Perodua baru?
Setiap model Perodua mempunyai harga dan anggaran komitmen bulanan yang berbeza. Oleh itu, kelayakan minimum gaji juga bergantung pada model yang dipilih serta komitmen semasa anda.
Sebagai panduan asas, berikut adalah anggaran minimum gaji bersih (basic + OT + elaun) untuk membeli kereta Perodua:
- Axia – RM1,600
- Myvi – RM1,800
- Bezza – RM2,000
- Alza – RM2,200
- Aruz – RM2,700
- Ativa – RM3,000
Jika anda tidak pasti model mana sesuai dengan bajet anda, hubungi Abu untuk semakan kelayakan dan konsultasi percuma.
Dokumen apa yang diperlukan untuk beli kereta Perodua baru?
Untuk memudahkan proses semakan dan permohonan pinjaman, beberapa dokumen asas diperlukan. Semua maklumat dan dokumen anda dijamin sulit, selamat dan hanya digunakan untuk tujuan permohonan pembelian kereta sahaja.
Dokumen yang diperlukan:
- Salinan IC (depan & belakang)
- Salinan lesen memandu
- Payslip 3 bulan terkini
- Penyata bank 3 bulan terkini
- Nombor telefon aktif
- Alamat email
Abu akan membantu anda menyemak dokumen terlebih dahulu supaya proses approval menjadi lebih mudah dan cepat.
Saya tiada lesen, boleh beli kereta Perodua baru?
Ya, masih boleh bergantung kepada situasi dan syarat tertentu. Terdapat beberapa pilihan serta solusi yang boleh dibincangkan untuk membantu proses pembelian anda.
Hubungi Abu untuk penerangan lanjut dan semakan kelayakan berdasarkan situasi anda.
Berapa lama proses approval loan kereta Perodua?
Kebiasaannya proses semakan dan approval loan mengambil masa sekitar 3 hingga 7 hari bekerja bergantung kepada kelengkapan dokumen dan pihak bank.
Untuk mempercepatkan proses penghantaran kereta, disarankan memilih beberapa pilihan warna alternatif atau konsep “open colour” kerana stok kenderaan bergantung kepada availability HQ Perodua.
Abu akan membantu memantau status permohonan anda dari awal sehingga kereta berjaya diserahkan.